Meskipun pembabitannya dalam dunia lakonan masih hijau, Jasmine Suraya Chin kian meraih perhatian pelbagai pihak.
Anak jati Sarawak ini punya daya tarikan tersendiri, bahkan sejak muncul dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang kini bersiaran di TV3, namanya mula menjadi sebutan peminat.
Dalam menerima pujian, lulusan ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi dari Monash University, Melbourne, Australia ini turut dikecam apabila sering tampil dengan imej seksi dan dilihat berkunjung ke pusat hiburan.
Barangkali si pengkritik terlupa, Effa hanya watak lakonan Jasmine dalam drama itu. Hakikatnya, Jasmine bukan gadis Melayu dan dia tidak beragama Islam. Jadi tuduhan dilemparkan terhadap Jasmine tidak relevan.
Sewajarnya mereka yang menjadi ‘keyboard warrior’ ini harus peka dan menyelidik dulu latar belakang artis itu sebelum memberi kritikan atau kecaman.
Takkan kerana pegang watak wanita Melayu dan kebetulan pula namanya ada sedikit elemen kemelayuan, terus buat tafsiran dia Melayu. Main hentam saja pengkritik itu.
Bukan mahu berpihak kepada Jasmine tetapi kritikan pedas diberi terhadap pengacara program 3R ini kurang kena pada tempatnya. Lawak pun ada apabila ‘keybord warrior’ ini cepat benar melatah tanpa usul periksa.
Sumber
No comments:
Post a Comment